Sepak Raga
Permainan sepak raga telah sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh
golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa
sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya
dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali
di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam
bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini
dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan
tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa
kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam
pusingan tersebut ditamatkan.
Batu Seremban juga dikenali sebagai
permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan
ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau
berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang
atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil
atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu
Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang
berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan
sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih
tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Gasing
popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat
pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau
leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing
Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan
gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.Gasing
dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing
pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing
uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang pula
dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya,
dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi
buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Permainan Wau
Permainan wau ini juga dikenali
dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk
kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan
dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau
dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung,
wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau
lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari
oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain
dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan
dinding.Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali.
Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan
cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.

Permainan Congkak
Permainan congkak ialah sejenis
permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak.
Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan
ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan
congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak
pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan
sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.Papan
congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua
lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil
"rumah".
No comments:
Post a Comment