Mahjong
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga
dikenali sebagai wéiqà di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan
strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang
mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih
.
Xiangqi merupakan sebuah permainan
papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga
yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya
digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal
abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan
yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik
pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam
catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan
"istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
YO-YO CHINA
Yo-yo cina ialah permainan dari China
yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang
panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua
batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi
yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti
Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina
tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai
untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan
bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya
mengimbangi kelajuan yo-yo.
No comments:
Post a Comment